Penyata Privasi

Tarikh Berkuatkuasa: April 2018

Penyata Privasi ini terpakai kepada www.hotellungwood.tokyo yang dimiliki dan dikendalikan oleh Hotel Lungwood. Penyata Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpulkan dan menggunakan maklumat, yang mungkin termasuk data peribadi yang anda sediakan di laman web kami: www.hotellungwood.tokyo. Ia juga menerangkan pilihan yang tersedia untuk anda mengenai penggunaan data peribadi anda dan bagaimana anda boleh mengakses dan mengemas kini data ini.

Pengumpulan data

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpul termasuk:

  • Nama pertama anda, nama akhir, alamat emel, nombor telefon dan alamat rumah;
  • Butiran kad kredit (jenis kad, nombor kad kredit, nama di kad, tarikh luput dan kod keselamatan);
  • Maklumat penginapan tetamu, termasuk tarikh ketibaan dan keberangkatan, permintaan khas yang dibuat, pemerhatian tentang pilihan khidmat anda (termasuk pilihan bilik, kemudahan atau sebarang khidmat yang digunakan);
  • Maklumat yang anda sediakan tentang pilihan pemasaran anda atau penyertaan anda dalam tinjauan, pertandingan atau tawaran promosi;

Anda sentiasa boleh memilih data peribadi (jika ada) yang anda ingin berikan kepada kami. Jika anda memilih untuk tidak memberikan butiran tertentu, walau bagaimanapun, beberapa urus niaga anda dengan kami akan mungkin terjejas.

Data yang kami kumpulkan secara automatik

Bila menggunakan laman web kami, kami juga mengumpul maklumat secara automatik, beberapa daripadanya mungkin meliputi data peribadi. Ini termasuk data seperti tetapan bahasa, alamat IP, lokasi, tetapan peranti, OS peranti, maklumat log, masa penggunaan, URL yang diminta, laporan status, ejen pengguna (maklumat mengenai versi browser), sistem operasi, hasil (pengunjung atau penempah), sejarah pelayaran, ID Tempahan pengguna, dan jenis data yang dilihat. Kami juga boleh mengumpul data secara automatik melalui kuki. Untuk maklumat mengenai cara kami menggunakan kuki, klik di sini.

Tujuan Proses

Kami menggunakan data peribadi anda untuk tujuan berikut:

  • A. Tempahan: Kami menggunakan data peribadi anda untuk melengkapkan dan mentadbir tempahan online anda.
  • B. Khidmat pelanggan: Kami menggunakan data peribadi anda untuk memberikan khidmatan pelanggan.
  • C. Reviu tetamu: Kami boleh menggunakan data hubungan anda untuk menjemput anda melalui emel untuk menulis reviu tetamu selepas anda menginap. Ini dapat membantu pelancong lain untuk memilih penginapan yang paling sesuai untuk mereka. Jika anda menghantar reviu tetamu, reviu anda mungkin disiarkan di laman web kami.
  • D. Aktiviti pemasaran: Kami juga menggunakan data anda untuk aktiviti pemasaran, seperti yang dibenarkan oleh undang-undang. Tempat-tempat di mana kami menggunakan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung, seperti langganan berita komersil dan komunikasi pemasaran mengenai produk dan perkhidmatan baru atau tawaran lain yang kami fikir mungkin menarik minat anda, kami menyertakan pautan untuk hentikan langganan yang boleh anda gunakan jika anda tidak mahu kami menghantar mesej pada masa akan datang.
  • E. Komunikasi lain: Kai mungkin menghubungi anda melalui emel, pos, telefon atau menghantar mesej kepada anda, bergantung kepada data kenalan yang anda kongsi dengan kami. Terdapat beberapa alasan untuk tujuan ini:
    • a. Kami mungkin perlu membalas dan mengendalikan permintaan yang telah dibuat.
      b. Jika anda belum menyelesaikan tempahan online, kami boleh menghantar emel kepada anda sebagai peringatan untuk meneruskan tempahan anda. Kami percaya bahawa perkhidmatan tambahan ini berguna kepada anda kerana ia membolehkan anda untuk meneruskan tempahan tanpa perlu mencari penginapan semula atau mengisi semua butiran tempahan dari awal.
      c. BIla anda menggunakan perkhidmatan kami, kami boleh menghantar soalan atau menjemput anda untuk memberi reviu mengenai pengalaman anda dengan laman web kami. Kami percaya bahawa perkhidmatan tambahan ini berguna kepada anda dan kepada kami kerana kami akan dapat memperbaiki laman web kami berdasarkan maklum balas anda.
  • F. Analisis, penambahbaikan dan penyelidikan: Kami menggunakan data peribadi untuk menjalankan penyelidikan dan analisis. Kami mungkin melibatkan pihak ketiga untuk melakukan ini bagi pihak kami. Kami mungkin berkongsi atau mendedahkan hasil penyelidikan sedemikian, termasuk kepada pihak ketiga, dalam bentuk tanpa nama dan agregat. Kami menggunakan data peribadi anda untuk tujuan analisis, untuk meningkatkan perkhidmatan kami, untuk meningkatkan pengalaman pengguna, dan untuk meningkatkan fungsi dan kualiti perkhidmatan perjalanan online kami.
  • G. Keselamatan, pengesanan dan pencegahan penipuan: Kami menggunakan maklumat tersebut, yang mungkin termasuk data peribadi, untuk mengelakkan penipuan dan aktiviti haram atau melanggar undang-undang lain. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk menyiasat dan mengesan penipuan. Kami boleh menggunakan data peribadi untuk penilaian risiko dan tujuan keselamatan, termasuk pengesahan pengguna. Untuk tujuan ini, data peribadi boleh dikongsi dengan pihak ketiga, seperti pihak berkuasa penguatkuasa undang-undang yang dibenarkan oleh undang-undang dan penasihat luar yang berkenaan.
  • H. Perundangan dan kepatuhan: Dalam kes tertentu, kami perlu menggunakan maklumat yang disediakan, yang mungkin termasuk data peribadi, untuk menangani dan menyelesaikan pertikaian atau aduan undang-undang, untuk penyiasatan dan pematuhan peraturan, atau untuk menguatkuasakan perjanjian atau mematuhi permintaan yang sah dari penguatkuasaan undang-undang setakat yang dikehendaki oleh undang-undang.
  • Jika kami menggunakan cara automatik untuk memproses data peribadi yang menghasilkan kesan undang-undang atau menjejas anda, kami akan melaksanakan langkah-langkah yang sesuai untuk melindungi hak dan kebebasan anda, termasuk hak untuk mendapatkan pengantaraan manusia.

Asas Undang-undang

  • Memandangkan tujuan A dan B kami bergantung kepada prestasi kontrak: Penggunaan data anda mungkin diperlukan untuk melaksanakan kontrak yang anda miliki dengan kami. Sebagai contoh, jika anda menggunakan perkhidmatan kami untuk membuat tempahan online, kami akan menggunakan data anda untuk menjalankan kewajipan kami untuk melengkapkan dan mentadbir tempahan itu di bawah kontrak yang kami ada bersama anda.
  • Memandangkan tujuan C-H, kami bergantung pada kepentingan sahnya: Kami menggunakan data anda untuk kepentingan sah kami, seperti memberikan anda kandungan terbaik yang sesuai untuk laman web, emel dan surat berita, untuk memperbaiki dan mempromosikan produk dan perkhidmatan kami dan kandungan di laman web kami, dan untuk pentadbiran, pengesanan penipuan dan tujuan undang-undang. Apabila menggunakan data peribadi untuk memenuhi kepentingan sah kami, kami akan sentiasa mengimbangi hak dan kepentingan anda dalam melindungi maklumat anda terhadap hak dan kepentingan kami.
  • Berkenaan dengan tujuan H, kami juga bergantung, jika berkaitan, atas kewajipan kami untuk mematuhi undang-undang yang berkenaan.
  • Di mana diperlukan di bawah undang-undang yang berkenaan, kami akan mendapatkan kebenaran anda sebelum memproses data peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung.

Sekiranya diperlukan mengikut undang-undang yang berkenaan, kami akan meminta kebenaran anda. Anda boleh menarik kebenaran anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami di mana-mana alamat di penghujung Penyata Privasi ini.

Jika anda ingin membantah pemprosesan yang ditetapkan di bawah C-F dan tidak ada mekanisme pengeluaran yang tersedia kepada anda secara langsung (contohnya dalam tetapan akaun anda), setakat yang berkenaan, sila hubungi info@hotellungwood.com .

Pengekalan Data

Kami akan menyimpan maklumat anda, yang mungkin termasuk data peribadi selagi kami anggap perlu untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda, mematuhi undang-undang yang berkenaan, menyelesaikan pertikaian dengan mana-mana pihak dan jika diperlukan untuk membenarkan kami menjalankan bisnes kami termasuk untuk mengesan dan mengelakkan penipuan atau aktiviti haram lain. Semua data peribadi yang kami simpan akan tertakluk kepada Penyata Privasi ini. Sekiranya anda mempunyai soalan mengenai tempoh pengekalan tertentu untuk jenis data peribadi tertentu yang kami proseskan tentang anda, sila hubungi kami melalui maklumat hubungan yang disertakan di bawah.

Pilihan dan hak anda

Kami ingin anda mengawal bagaimana data peribadi anda digunakan oleh kami. Anda boleh lakukan ini dengan cara berikut:

  • Anda boleh meminta kami salinan data peribadi yang kami ada tentang anda;
  • anda boleh maklumkan kami tentang sebarang perubahan pada data peribadi anda, atau untuk membetulkan sebarang data peribadi yang kami ada tentang anda;
  • untuk beberapa situasi, anda boleh minta kami untuk memadam atau menghalang atau menyekat data peribadi yang kami ada tentang anda, atau membantah cara-cara tertentu di mana kami menggunakan data peribadi anda; dan
  • untuk beberapa situasi, anda juga boleh minta kami untuk hantar data peribadi yang anda telah berikan pada kami pada pihak ketiga.

Di mana kami menggunakan data peribadi anda berdasarkan persetujuan anda, anda berhak menarik balik persetujuan pada bila-bila masa tertakluk kepada undang-undang yang terpakai. Lebih-lebih lagi, di mana kami memproses data peribadi anda berdasarkan kepentingan sah atau kepentingan awam, anda berhak untuk membantah pada bila-bila masa untuk menggunakan subjek data peribadi anda kepada undang-undang yang berkenaan.

Kami bergantung kepada anda untuk memastikan data peribadi anda lengkap, tepat dan terkini. Sila maklumkan kepada kami dengan segera sebarang perubahan kepada atau ketidaktepatan data peribadi anda dengan menghubungi info@hotellungwood.com . Kami akan mengendalikan permintaan anda mengikut undang-undang yang terpakai.

Soalan atau Aduan

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau kebimbangan mengenai pemprosesan data peribadi anda, atau jika anda ingin melaksanakan mana-mana hak yang anda miliki di bawah notis ini, anda boleh menghubungi kami melalui info@hotellungwood.com . Anda juga boleh menghubungi pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda dengan soalan dan aduan.

Perubahan pada Notis

Sama seperti bisnes kami yang sentiasa berubah, Penyata Privasi ini juga boleh berubah dari semasa ke semasa. Jika anda ingin melihat perubahan yang dibuat kepada Pernyata Privasi ini dari semasa ke semasa, kami menjemput anda untuk mengakses Pernyata Privasi ini untuk melihat perubahan tersebut. Jika kami membuat perubahan penting atau perubahan yang akan memberi kesan kepada anda (cth. apabila kami mula memproses data peribadi anda untuk tujuan lain daripada yang dinyatakan di atas), kami akan menghubungi anda sebelum memulakan pemprosesan itu.